ASSYAFI Wellness memulakan perniagaannya pada Julai 2011 di Saujana Utama, Sg Buloh, Selangor.

Perniagaan Utama

Perkhidmatan utama di ASSYAFI Wellness adalah Bekam Sunnah, Sauna Wap Herba (Bilik), Urutan Tradisional Cina Guasa dan Urutan Selepas Bersalin. Kami juga merupakan Stokis HPA & Stokis Halagel bagi kawasan Bandar Saujana Utama & Puncak Alam. Terdapat herba-herba tempatan yang mendapat permintaan tinggi seperti Kapsul Roselle, Kapsul Sprirulina, Kapsul Sirsak, Kapsul Moringga dan lain-lain.

Pengalaman Kami

Biarpun baru memulakan perniagaan di premis yang tetap, perawat kami berpengalaman dalam Urutan Selepas Bersalin sejak awal 90-an dan rawatan bekam sejak 2006 lagi selepas menghadiri Kursus Asas Bekam Sunnah yang di anjurkan oleh Komuniti HPA Cawangan Klang.

Kursus Profesional

Selepas beberapa tahun berpengalaman dalam rawatan Bekam Sunnah, kami menghadiri Kursus Herbalis JAWI pada Mei 2011 yang dikendalikan oleh Institut Latihan Al-Wahida & HPA Industries Sdn Bhd di Jejawi, Perlis selama sebulan. Didalam kursus ini, ia dihadiri oleh 24 orang Malaysia, 20 orang Indonesia (Yokyakarta, Aceh, Kalimantan, Banjarmasin, Bandung, Padang, Medan, Ternate, Solo), 3 orang Brunei dan 1 orang Thailand. Mereka adalah peserta yang hadir dari seluruh Nusantara untuk mendalami Ilmu Perawatan JAWI yang telah di asaskan oleh Tn Hj Ismail Hj Ahmad.

Apakah Perubatan JAWI? Klik sini

Apakah Perubatan Islam? Klik sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>