(Q) Adakah sakit ketika berbekam?

  • Tidak, Berbekam yang menggunakan lancet / jarum seperti gigitan semut. Penggunaan lancet (jarum halus) mengurangkan kesakitan berbanding torehan pisau yang dipanggil Bekam Torehan.

(Q) Siapakah yang boleh berbekam?

  • Semua golongan boleh berbekam, kecuali bagi beberapa golongan seperti kanak-kanak yang dibawah umur 7 tahun, ibu mengandung dan mereka yang menghadapi penyakit kritikal seperti HIV. Bagi penyakit lain yang belum di kira tahap kritikal, berbekam dapat mengurangkan penyakit tesebut.

(Q) Adakah berbekam meninggalkan kesan sampingan?

  • Ya. Bekam meninggalkan kesan sampingan (Kulit seperti lebam). Ia adalah tanda selepas berbekam dan akan hilang dalam masa 2 ke 3 hari bergantung kesan lebam tesebut.

(Q) Adakah larangan tertentu sebelum berbekam?

  • Sebelum berbekam klien mestilah dalam keadaan yang tenang, tidak terlalu penat atau tidak terlalu kenyang (selepas makan 1-2 jam). Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

(Q) Adakah larangan tertentu selepas berbekam?

  • Selepas berbekam dinasihatkan tidak terus mandi, makan atau melakukan kerja berat. Untuk mendapatkan kesan optimum selepas berbekam, klien hendaklah menghindarkan semalaman untuk bersama pasangan. Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

(Q) Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?

  • Waktu paling sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari atau petang. Haribulan yang paling afdal adalah hari ke 17,19 dan 21 (bulan Hijrah) sepertimana hadis :
    Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

(Q) Bilakah waktu larangan berbekam?

  • Tidak ada hadis shahih menerangkan tentang larangan berbekam pada hari tertentu walaupun ada pendapat yang tidak menggalakkan bekam pada hari Rabu.

(Q) Berapa lama tempoh rawatan bekam?

  • Tempoh rawatan bekam bergantung kepada keadaan pesakit , biasanya mengambil masa antara 45 minit – satu jam setengah.

(Q) Adakah berbekam menyebabkan rasa ketagih?

  • Tidak. Berbekam memberi kelegaan dan kesembuhan kesakitan (dengan IzinNya) di samping mendapat pahala sunnah. Selepas beberapa lama tidak berbekam, tubuh badan klien akan menjadi lesu dan tidak bermaya. Ia adalah tanda perlunya berbekam waktu itu.

(Q) Berapa lama selang masa untuk rawatan bekam seterusnya?

  • Tiada tempoh bagi rawatan seterusnya. Ia bergantung keadaan tubuh badan klien.

(Q) Benarkah perlu berbekam 2 minggu sekali? atau Sebulan sekali?

  • Tiada tempoh bagi rawatan seterusnya. Ia bergantung keadaan tubuh badan klien.

(Q) Benarkah perlu berbekam banyak poin?  

  • Tidak semestinya. Ia bergantung kepada keadaan seseorang kerana pemakanan / persekitaran dan gaya hidup setiap orang adalah berbeza. Tiada dalil yang mengatakan Nabi SAW berbekam pada poin yang banyak. Berhati-hati jika anda ditawarkan khidmat bekam dengan poin yang banyak kerana harganya akan lebih mahal. Biasanya kami menyarankan klien membuat 10 poin Bekam Sunnah sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>