hempedu-bumiKHASIAT & KEGUNAAN :

ANTIOKSIDAN, PENYAHTOKSIKAN, ANTIBODY MELAWAN JANGKITAN VIRUS & MENGEKALKAN KEIMUNAN SEL ORGAN DALAMAN & SEL LUARAN.

Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menstabilkan tekanan darah tinggi, mengstabilkan kandungan gula dalam darah, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak.

Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

Tanpa perlindungan yang disediakan oleh sistem imun badan kita, kita tentu tidak dapat mengelak daripada mendapat jangkitan-jangkitan daripada persekitaran, sama ada di dalam bentuk bakteria, kulat, virus-virus dan juga kanser-kanser merbahaya.
FUNGSI IMUN KOMPLEKS melibatkan meneutralkan dan juga menghapuskan segala zat-zat yang berkemungkinan berbahaya dari badan kita.

Kehidupan kita yang sibuk ditambah dengan penambahan toksin-toksin alam sekitar menyebabkan kehidupan harian kita menjurus kepada kehidupan yang tidak sihat dari segi fizikal, emosi dan sekaligus memberi beban kepada sistem imun kita. Ini mendorong badan seseorang daripada kerap mendapat jangkitan dan juga mengalami kesihatan yang kurang baik sepertimana yang berlaku pada masa kini.

Herba-herba asia telah berabad digunakan sebagai tonik untuk menguatkan badan dan mencegah daripada jangkitan. Menurut sains, kebanyakan daripada herba-herba unik ini dapat meningkatkan imun dan juga menambah mekanisme nyahtoksin untuk melindungi badan daripada segala bentuk toksin yang terdapat di persekitaran.

Herba peransang imun digunakan terutamanya untuk merawat jangkitan-jngkitan nafas yang kronik. Pengamal-pengamal kesihatan holistik menyarankan supaya tidak mengambil antibiotik dengan segera pada peringkat-peringkat awal sakit kerongkong, selesema dan batuk.

Gunakan keupayaan badan untuk melawan jangkitan dengan mengamalkan pengambilan herba yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan keimunan. Pengambilan preskripsi antibiotik yang berlebihan didapati sebagai punca utama bakteria bertahan.

Penyalahgunaan antibiotik juga melemahkan sistem imun dan mendorong kepada proliferasi kulat (seperti Candida albicans) yang agresif dalam saluran pencernaan, sering mengakibatkan jangkitan kulat, alergi, lelahan, keimunan yang lemah dan ganguan emosi.

Asap tembakau, jerebu dan pencemaran industri juga memberi beban kepada fungsi penyahtoksikan paru-paru dan ini adalah antara penyebab utama kanser baru-paru menjadi salah satu punca kematian di seluruh negara.

Penyelidikan ke atas herba Andrographis paniculata (herba hempedu bumi) telah ditumpukan kepada peningkatan imun, antioksidan, ciri-ciri anti-virus.

Menyokong imun di dalam jangkitan -jangkitan pernafasan – bakteria dan virus

– Membantu memulihkan sakit tekak & tonsilitis.
– Mengurangkan alahan.
– Menguragkan athma & saluran pernafasan.
– Mengembalikan suhu badan yang normal ketika demam.
– Mempertingkatkan perlindungan semula jadi dari toksin-toksin hati.
– Membantu pemulihan selepas hepatitis.
– Membantu mekanisme antioksidan, antitumor dan antikanser.
– Membantu memulih sel – sel kulit.
– Melegekan cirit-birit.
– Membantu menurunkan berat badan.
– Mengurangkan sakit dan keradangan.
– Memulihkan tenaga & sentiasa cergas.
– Melindungi dari kesan-kesan bahaya toksin-toksin alam sekitar, i.e asap rokok, jerebu dan pencemaran industri.

Ia juga dapat merawat kesan KEROSAKAN ORGAN DALAMAN akibat pengambilan ALCOHOL & ROKOK yang TIDAK TERKAWAL!

SEJARAH HEMPEDU BUMI

Pengenalan.

Kandungan utama hempedu bumi ialah suatu sebatian yang amat pahit yang dikenali dengan nama andrografolida, yang pertama kali ditemukan pada tahun 1911.

Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm.

Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu.

Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda.

Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Tersenarai di farmakopia (buku senarai dadah ubatan) Cina dan India, ubat herba ini telah dikaji berhubung dangan sifat-sifat pelindung hati, perangsang imun, antiradang, antidemam panas dan anti-HIV (Wallah’huaqlam).

Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.

KHASIAT & KEGUNAAN: SECARA TRADISIONAL.

– Melancarkan peredaran darah, menguatkan pertahanan badan.
– Mengurangkan berat badan, membuang angin, melawas membuang air kecil dan manambah tenaga.
– Membantu penghadaman, melegakan sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.
– Mengurangkan jerawat dan penyakit kulit.
– Melegakan deman, batuk dan selsema.

Nama Lain:
Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia).

HEMPEDU BUMI

Bahan aktif dalam Hempedu Bumi, iaitu andrografolida, bertindak sebagai anti oksida kuat, dengan itu melindungi hati dan sistem pencernaan. Ujian makmal dan klinikal telah membuktikan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati akibat ketoksikan (keracunan), fungsi hati yang lembap, dan hepatitis.

Selain kesan-kesannya pada hati dan sistem pencernaan, Hempedu Bumi juga terbukti berupaya mencegah pengumpulan kolesterol dalam sistem peredaran darah ke tahap yang lebih ketara berbanding dengan minyak ikan.

Hempedu Bumi paling sesuai bagi mereka yang lazim memakan makanan kaya kolesterol. Secara tradisi herba ini juga telah lazim digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, manakala hasil penyelidikan saintifik moden juga telah mengesahkan kesan hipotensi (pengurangan tekanan darah) yang sederhana dan selamat.

Andrografolida juga telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada kandungan utama Hempedu Bumi yang menghasilkan tindakan PERANSANG IMUN.
Kajian klinikal terbaru telah menunjukkan bahawa pati terpiawai Hempedu Bumi merupakan agen berkesan dalam pencegahan selsema.

Kajian di Negara Barat merumuskan bahawa, hasil daripada penggunaan Hempedu Bumi, keletihan/kelesuan berkurangan sebanyak 30%, menggigil berkurangan sebanyak 50%, sakit tekak berkurangan sebanyak 40%, sakit otot berkurangan sebanyak 48%, dan pening dan sakit kerana resdung berkurangan sebanyak 30%, Juga risiko untuk dijangkiti selsema didapati dua kali ganda lebih rendah apabila mengamalkan Hempedu Bumi.

Kajian ini lalu merumuskan bahawa Hempedu Bumi memberikan tahap keberkesanan yang tinggi dalam mengurangkan kejadian dan keterukan gejala-gejala selsema biasa bermula pada hari kedua rawatan. TIADA KESAN SAMPINGAN yang tidak diingini dilihat atau dilaporkan.

Kajian pihak MARDI mengesahkan Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

SILA AMBIL PERHATIAN, bahawa Hempedu Bumi tidak disyorkan jika seseorang wanita yang menjangka akan hamil atau merancang untuk hamil, ia selainnya selamat dan berkesan pada dos (jumlah) yang agak kecil. Pada Hempedu Bumi kita memiliki sejenis penawar mudah yang mampu mengelakkan sekian ramai keluarga daripada mengalami sedemikian banyak kerumitan apabila seseorang anggota keluarga yang tersayang jatuh sakit.
Sesuai untuk lelaki dan wanita.

Cubalah Hempedu Bumi sebagai pengganti kepada pil-pil penahan sakit berasaskan bahan kimia dan rasakan sendiri manfaatnya. InshaAllah.

Please like & share:
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>