“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara du a batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup tiga kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.
Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.
Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
P/S : Kami juga kerap menerima pembelian dari seorang Ustaz yang berkhidmat memandikan jenazah di Hospital Sg. Buloh. Kata beliau, memang sukar untuk mendapatkan daun bidara yang berkualiti. Beliau menggunakannya untuk memandikan jenazah pada jirusan pertama. Hubungi kami di talian +6 014 – 6622259 – Hjh Hamidah (Mesej Sahaja)
Produk ASSYAFI yang menggunakan Daun Bidara:
- Kopi ASSYAFI.
- Minyak Bidara (Panas & Sejuk)
- Herba Mandian Sauna.
- Herba Mandian Bersalin.
- Daun Bidara – Mandian Jenazah.